MOONTON Games baru-baru ini menyaman Tencent.
Menurut kandungan saman itu, Tencent dilaporkan menyebarkan kenyataan palsu yang tidak konsisten dengan fakta.
Tingkah laku ini dianggap serius oleh MOONTON kerana menjatuhkan reputasi mereka.
Menurut China Judgement Document Network, saman terhadap Tencent ini sudah dimuktamadkan.
Mahkamah Shanghai mendapati Tencent sudah melakukan fitnah ini dan perlu membayar MOONTON Games sebanyak 22,000 yuan (RM143,079).
Tencent juga perlu mengeluarkan kenyataan berhubung perkara ini.
Pada tahun 2019, MOONTON pernah menyaman Tencent atas persaingan tidak adil.
Mahkamah mengatakan Tencent melakukan fitnah komersial dengan membayar peguam dari Indonesia untuk membuat dan menyebarkan berita palsu kepada rakan MOONTON Games di Indonesia, Revival TV dan satu lagi portal permainan video ketika persaingan permainan mudah alih antara dua syarikat itu sedang hangat di pasaran Indonesia.
Ia juga dilakukan ketika liga profesional (MPL) akan dianjurkan, dengan niat menjatuhkan pesaing, pihak plaintif.
Konflik diantara MOONTON Games dan Tencent sebenarnya sudah lama berlaku.
Syarikat dibawah Tencent Riot Games juga pernah menyaman MOONTON Games untuk Mobile Legends: Bang Bang kerana dilaporkan memplagiat kandungan League of Legends.