Ini Adalah Juara Kategori Mobile Legends & FIFA 18 Untuk Kejohanan Moh Skor

Selepas mengumpulkan finalis di serata Malaysia, sekarang kita dah menemui pemenang untuk kejohanan Moh Skor anjuran My Game On dengan kerjasama Kitamen dan Garena ini!

Pada acara Moh Skor di Asia Comic Con 2018 yang berlangsung bermula Jumaat hingga Ahad, pertandingan Grand Final Mobile Legends dan FIFA 18 dah pun berakhir dan menyaksikan beberapa wajah baru menggalas title juara dalam kedua-dua game itu.

Moh Skor mengumpulkan hadiah wang tunai terkumpul RM50,000 untuk tiga permainan iaitu FIFA Online 3, Mobile Legends dan FIFA 18 serta RM10,000 Boost Credits diberikan kepada pemenang FIFA 18 dan Mobile Legends. Fuhh double reward tu! Siapa pemenang bertuah ni?

Mobile Legends

1. Traitor (RM4,000, Boost Wallet RM1,400)

2. Penta Sports (RM2,000, Boost Wallet RM1,00)

3. Last Saiyan (RM1,200, Boost Wallet RM800)

4. Army of Disaster (RM800, Boost Wallet RM600)

FIFA 18

1. Domo (RM4,000, Boost Wallet RM1,000)

2. Rafaelz m99 (RM2,000, Boost Wallet RM700)

3. FF Infamous 9 (RM1,200, Boost Wallet RM600)

4. Gamestop darkwos (RM800, Boost Wallet RM500)

Hari ini (Ahad 15/7/2018) adalah pertandingan Grand Final untuk FIFA Online 3 pula. Siapakah yang bakal menang dalam pertandingan merebut hadiah wang tunai terkumpul RM30,000 pula? Ikuti laman Facebook kami untuk berita lebih lanjut!

Kejohanan Moh Skor Esports Tournament ditaja oleh Acer Predator dan Boost.

Perasan tak sekarang ni lebih senang nak topup kredit game korang? Dengan aplikasi Boost, korang boleh dapatkan Boost Credits (kredit permainan) untuk pembayaran online seperti Steam, Garena Shells, PlayStation Cash Card, MOL Points dan banyak lagi!

Mudah je dengan kemudahan top-up secara dalam talian di Maybank2u, CIMB Bank dan banyak lagi syarikat perbankan yang ada. Anggap je macam E-Wallet untuk korang simpan duit dalam tu bagi pembelian apa-apa kredit berkaitan game!

Selain itu, korang juga boleh top-up kredit prabayar, bayar bil dan mendapatkan baucer digital untuk F&B, Online Shopping dan macam-macam lagi! Aplikasi Boost boleh dimuat turun di App Store dan Google PlayStore

RELATED NEWS

+