MPL MY musim ke-12: M5 Wild Card, #MI5IMalaysia, kemasukan percuma, lokasi di Dewan Sri Putra

Liga Profesional Mobile Legends (MPL MY) akan hadir lagi dengan musim ke-12 kali ini dengan 10 pasukan yang layak. Ia akan bermula 18 Ogos ini selama enam minggu.

Musim ini juga bakal membawa perubahan baharu dari segi pasukan, dan lokasi bertanding yang dialih ke Dewan Sri Putra, Bukit Jalil.

Tahun ini, M5 Wild Card akan dianjurkan di Malaysia dengan dua slot untuk pasukan lain bertempur bagi ke kejohanan dunia MLBB, M5.

MPL MY S12 kali ini juga menunjukkan beberapa perubahan besar kemasukan pemain import seperti:

◦ Skadaga (Bekas Coach HomeBois ) ke RSG MY
◦ Stowm (OMG) ke RSG MY
◦ Exort (RSG PH) ke RED Esports
◦ Super Red (BLCK) dan Pancake (ONIC) ke RG
◦ Z1PPY (FCON) dan Kid (AI Esports) ke LTX
◦ Xorn (GeekFam), Feekz (GeekFam), dan Raizel (Alter Ego) ke HomeBois
◦ Matt (GeekFam ID) dan Maxxx (BTR) ke Team Secret

Kesemua pasukan untuk Musim-12

  • Team HAQ
  • TODAK
  • Team SMG
  • RSG Slate MY
  • Red Esports
  • Team Lunatix
  • HomeBois
  • Red Giant Esports
  • MPX NSEA (pendatang baru)
  • Team Secret

Kapasiti dewan akan memuatkan sehingga 600 orang. Anda juga boleh menempah tempat di laman rasmi Ticket2u bagi mendapatkan tempat duduk.

Penaja rasmi kali ini adalah Hotlink Prepaid yang bakal memberi anda internet tanpa had untuk Mobile Legends: Bang Bang.

Medan MLBB kali ini juga akan disertai rakan kongsi seperti  Asus ROG, Garnier Men, Nescafe, Mister Potato, Head & Shoulders, Osim, Super Sunday, Astro Arena, Esports Integrated dan TikTok.

Untuk maklumat lanjut anda boleh ke laman rasmi MPL Malaysia, Facebook, TikTok, dan Instagram.

RELATED NEWS

+