Kohai Infiniti mengumumkan kerjasama dengan MDL Indonesia

Baru-baru ini, Kohai Infiniti mengumumkan bahawa mereka akan bekerjasama dengan Moonton Indonesia untuk kejohanan Mobile Legends Development League (MDL).

Kolaborasi ini bertujuan untuk meningkatkan corak e-sukan di Indonesia melalui satu platform iaitu Kohai Infiniti App yang boleh membantu pemain serta komuniti.

Mereka mahu membawa pemain dan ahli komuniti untuk bersaing daripada peringkat serantau sehingga ke peringkat antarabangsa.

Kerjasama ini membolehkan pemain untuk berinteraksi serta bersaing dengan pemain di Malaysia dan negara lain untuk pertumbuhan e-sukan di Asia Tenggara.

Aplikasi Kohai Inifiniti akan menyediakan satu fungsi yang dinamakan Combat Arena di mana pemain boleh menyertai serta bersaing di carta (Leaderboard) mingguan.

Pasukan terbaik akan mendapat peluang untuk bersaing di Kohai Infiniti Combat Arena Invitational (KCAI) dan bersaing dengan pasukan daripada Malaysia.

Bukan itu sahaja, pemenang daripada Kejohanan Kohai Infiniti (KIC) akan menerima satu slot di MDL Play-in manakala empat pasukan terbaik akan dijemput ke Kejohanan Kohai SEA (KSC) yang akan mempunyai pasukan MPL daripada Malaysia, Indonesia, Filipina dan Kemboja.

 

RELATED NEWS

+