Ini barisan pengulas dan pengacara untuk Wild Rift Championship MYSG 2022

Kejohanan Wild Rift Championship (WCS) MYSG bakal berlangsung dalam beberapa hari lagi. Sebanyak 8 pasukan akan berjuang dalam Musim Liga yang akan berlangsung selama empat minggu dan akan terus ke peringkat Playoffs sejurus selepas musim liga tamat. 

Kini, penganjur kejohanan ESL Malaysia, mengumumkan barisan pengulas dan pengacara untuk musim yang akan datang ini. 

Kejohanan Wild Rift musim ini akan dijadikan lebih gempak kerana pengacara yang berpengalaman seperti Natasha Hashim atau lebih dikenali sebagai Tashbunny. Dia pernah menjadi penganalisa untuk PUBG Mobile Pro League dan juga pernah menjadi pengacara untuk acara e-sukan seperti Free Fire MCP Majors, League of Legends Circuit Malaysia dan baru-baru ini, VALORANT Champions Tour 2022: Malaysia & Singapura Stage 1 Challengers.

WCS MYSG 2022 juga mempunyai barisan pengulas yang mantap dengan nama-nama seperti ChuChu, Sir Cloud, Ikuto dan lain lagi.

Untuk siaran berbahasa Inggeris, inilah barisan pengulas yang akan menggemparkan perlawanan:

  • De Egg (Chiang Tze Yik)
  • HusKKiee (Ng Zhen Chuan)
  • Pondo2 (Aaron Lim)
  • Qontra (Aaron Chan)
  • The Hound (Nik Harris)
  • gamernissem (Grandon Oh)
  • Hauler
  • Omo (Leonard Loh)

Manakala, untuk siaran Bahasa Malaysia pula, ini barisan pengulasnya:

  • ChuChu (Andriyana Mohd Ghazali)
  • Fyra Zaidi
  • Gohunt (Muhd Akma)
  • Ikuto (Radzi Rahman)
  • Mikos (Mikail Saufi)
  • Sir Cloud (Andrew Cheong)

Musim WCS MYSG 2022 akan bermula pada 25 Februari sehingga 27 Mac di mana 8 pasukan akan bertarung untuk kumpulan hadiah sebanyak AS$ 100,000 (RM 417,750). Pusingan Playoffs pula akan berlangsung pada 1 April sehingga 10 April.

Sumber rujukan: Facebook

RELATED NEWS

+