Paper Rex layak ke VALORANT Masters Shanghai

Paper Rex kini layak ke VALORANT Masters Shanghai selepas menewaskan DRX di VCT Pacific Stage 1 Playoffs dan mereka juga layak ke grand final pada 12 Mei ini.

Hanya top 3 layak ke kejohanan berkenaan.

Paper Rex take down rivals DRX to secure VALORANT Masters Shanghai

Selain itu, T1 juga layak ke Masters Shanghai.

Kejohanan ternama itu bakal menjadi kemunculan kesembilan mereka di pentas antarabangsa sejak tiga tahun kebelakangan ini.

Kalish “d4v41” Rusyaidee dan pasukan berjaya mengalahkan DRX di peta Lotus 13-6.

Tetapi pasukan lawan berjaya mendominasi peta seterusnya dan PRX kalah 13-10.

Di peta terakhir Bind, PRX berjaya mengalahkan DRX dengan 13-6.

Lebih menarik buat, adik beradik Suanto iaitu xccurate dan F0rsakeN akan menghadiri acara antarabangsa ini bersama-sama walaupun dalam pasukan berbeza.

VALORANT Master Shanghai akan bermula pada 25 Mei sehingga 9 Jun ini di mana 12 pasukan terhebat dari empat kawasan VCT akan berlawan.

Foto: Paper Rex

RELATED NEWS

+