VALORANT: Peta Drift diperkenalkan, diinspirasikan dari pasar terapung Thailand

Riot Games hari ini memperkenalkan Drift, sebuah peta Team Deathmatch baharu yang akan dilancarkan pada esok di VALORANT.

Ia diinspirasikan dari pasar terapung di Thailand. Keistimewaan peta ini adalah ‘long-range mid’ yang menyediakan beberapa laluan untuk pemain masuk dan keluar bagi menampakkan permainan jadi lebih dinamik.

Team Detathmatch adalah mod 5v5 yang meletakkan pemain-pemain melawan musuh di peta custop. Pemain boleh pilih loadout di setiap pusingan. Weapon spawners juga akan diletakkan di sekeliling peta termasuk orb recovery dan ultimate. Dapatkan 100 mata pertama untuk menang perlawanan.

“Bangunan dan seni bina Thailand terutamanya pasar terapung mereka dihasilkan menggunakan kayu. Ia menjadi satu cabaran buat kami untuk mereka peta itu kerana senjata boleh tembus beberapa permukaan tipis. Dengan lebih banyak uji kaji dibuat, kami berjaya seimbangkan antara aspek penembusan senjata dan gameplay,” – Ketua Pereka Peta, Joey Simas.

RELATED NEWS

+