Ini sebab duo V33Wise tidak dapat hadir semasa menentang BTK

Perlawanan persembahan Piala Realme Mobile Legends (RMC) musim ke-6 menyaksikan pasukan BTK menentang pasukan skuad sibol pingat emas Filipina.

Pasukan BTK membawa masuk pemain baru iaitu Kier “Ichiji” Sambajon. Ichiji menggantikan Victor dan kemahiran mekanikal yang ditunjukkan olehnya sangat menakjubkan.

Namun begitu, Mobazane tidak berpuas hati dengan kemenangan itu oleh kerana duo terhebat OhMyV33nus dan juga Wise tidak hadir ketika perlawanan itu.

Pemain gold laner pasukan BTK iaitu FwydChickn menjelaskan sebab V33Wise tidak hadir ketika perlawanan itu. Menurutnya, duo itu tidak hadir kerana isu kontrak duta produk telefon pintar Oppo. 

Semasa siaran langsung, FwydChickn menyatakan mereka tidak mengetahui bahawa terdapat perubahan pada barisan pemain pasukan Sibol.

Mereka hanya mengetahui perkara itu sebelum beberapa jam perlawanan dimulakan.

“Kami fikir kami akan lawan V33Wise dan pasukan Sibol mereka. Kami tidak tahu bahawa kami akan menghadapi barisan pemain itu sehingga dua jam sebelum perlawanan bermula.” ujarnya.

Dia juga berkata pasukan BTK harus menyesuaikan strategi untuk menghadapi barisan pemain yang berlainan itu.

Draft kami menjadi kelam kabut kerana kami perlu membuat strategi semasa perlawanan berlangsung,” akhirinya.

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+