Ini sebab mengapa Bottle menerima Bigetron Alpha untuk musim seterusnya

Bigetron Alpha memberikan prestasi yang sangat baik ketika MPL Indonesia musim keenam. Mereka berjaya mendapatkan tempat di playoff dan berjaya ke peringkat final untuk bertarung dengan EVOS Legends.

Meskipun tewas dan hanya mendapat tempat kedua, ia adalah satu pencapaian yang sangat baik jika dibandingkan prestasi mereka di peringkat group. 

Selain itu, BTR juga adalah sebuah organisasi yang terbaik dan besar di arena e-sukan Mobile Legends Indonesia dan setiap pemain akan dijaga dengan begitu baik dan gaji yang diberikan juga adalah tinggi jika berbanding dengan organisasi yang baru ditubuhkan.

Sehubungan dengan itu, ianya menjadi salah satu sebab mengapa Agung Dita (Bottle) ingin memasuki pasukan Mobile Legends itu.

BTR sudah mendapatkan tanda tangan Bottle sendiri bagi melamar beliau untuk memasuki pasukan. Bottle yakin dia akan dapat meraih kejayaan bersama Renbo di dalam pasukan itu. 

“Kenapa pilih BTR, kerana antara semua pasukan yang ada, BTR yang paling bersungguh-sungguh untuk mendapatkan saya. Mereka menghantar pengurus mereka untuk ke Bali dan berjumpa dengan ibu bapa saya bagi menjemput saya,” ujarnya.

Di samping itu, Bottle juga memberitahu tentang dirinya yakin untuk sertai dan membantu BTR untuk meraih kemenangan. “Saya sangat percaya dengan roster yang ada ketika ini dan juga pekerja yang membantu” tambah beliau. 

Akhir sekali, Bottle juga mengatakan “Slogan Bigetron kan program to win, ya sama seperti saya yang ingin menang dalam sesuatu pertandingan”.

Menarik untuk disaksikan sama ada Bottle dapat memberikan prestasi yang baik di dalam pasukan tersebut. Hanya waktu yang dapat memisahkan kita dari momen ini. Kita saksikan tidak lama lagi.

Sumber: ONE Esports

RELATED NEWS

+