Ini sebab mengapa Ferxiic tidak diturunkan di MPLI 2021

Ferxiic mengejutkan para pemain profesional e-sukan Mobile Legends apabila beliau mula dimasukkan ke skuad utama Sang Macan Putih untuk menggantikan Wannn.

Beliau memulakan debut pertama di MPL dengan persembahan yang sangat bertenaga dan terus mengangkat piala MPL di musim ketujuh sebelum ini.

Namun, nama beliau tidak dimasukkan ke dalam barisan pemain untuk Kejohanan Jemputan Mobile Legends (MPLI 2021).

Ramai netizen mengatakan beliau sudah tidak on form dan hilang fokus gara-gara melakukan penstriman di lewat malam.

Menurut EVOS Legends sendiri melalui sebuah hantaran di Instagram. “Ferxiic mempunyai urusan keluarga yang tidak dapat dielakkan. Beliau harus ke Balikpapan, semoga Ferxiic akan segera bersama pasukan kembali,” tulis mereka.

Mampukah pasukan EVOS memenangi El Clasico menentang RRQ Hoshi di MPLI tanpa Ferxiic? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+