Ini semua yang anda perlu tahu tentang VCT Apac Challengers Playoffs Stage 1

Playoffs bagi kejohanan serantau VCT APAC 2022 kini tiba. VCT APAC Challengers pusingan pertama membawakan 20 pasukan dari rantau Asia Pasifik untuk bertanding merebut slot ke VCT Masters 1, Iceland pada April.

Berikut adalah 20 pasukan yang layak ke playoffs ini menerusi pusingan kelayakan yang diadakan sebelum ini. 

Thailand: XERXIA, Made in Thailand, FULL SENSE
Filipina: South Built Esports,NAOS Esports, Action PH
Indonesia: BOOM Esports, BOY WITH LOVE, ONIC Esports
Vietnam: CERBERUS Esports, Fancy United Esports, Team Big BAAM
Singapura/Malaysia: Paper Rex, Bleed eSports,NN
Taiwan/Hong Kong: Oblivion Force Griffin E-Sports
Asia Selatan: Velocity Gaming, Global Esports
Oceania: Bonkers

Format kejohanan dan tarikh:

Challenger Stage 1 Playoffs ini terbahagi kepada tiga peringkat. Selain bertanding untuk satu dari dua slot di Masters 1, pasukan juga akan berlawan merebut hadiah terkumpul AS$150,000 (RM627,000)

VCT Challengers Stage 1 – APAC Finals Playins:
● Tarikh: 10 Mac – 13 Mac
● Format: Lapan pasukan akan bermain dalam format GSL. Empat pasukan terhebat akan layak ke peringkat seterusnya. 

VCT Challengers Stage 1 – APAC Finals Groups:
● Tarikh: 16 Mac – 21 Mac
● Format: 16 pasukan akan bermain dalam format GSL. Lapan pasukan terhebat akan layak ke pusingan knockout.

VCT Challengers Stage 1 – APAC Finals Knockouts:
● Date: 24 Mac – 27 Mac
● Format: Lapan pasukan akan melalui bracket double elimination. Dua pasukan terhebat akan dijemput ke Masters 1 di Iceland. 

Tarikh siaran langsung:

Tayangan untuk playoffs akan bermula dari 11 pagi hingga 10 malam waktu Malaysia dan bagi VCT Malaysia & Singapura akan disiarkan menerusi laman berikut:

VCT Malaysia & Singapura
● Facebook – VALORANT Esports MYSG

Bagi anda yang ingin menonton kesemua perlawanan berlaku di rantau Asia Pasifik, boleh layari laman web ini.

RELATED NEWS

+