Sumpahan berakhir, Paper Rex menang VCT Pacific dengan reverse sweep!

Pasukan Asia Tenggara Paper Rex kini adalah juara VCT Pacific VALORANT selepas kalah dua peta pertama dan berjaya membuat reverse sweep seterusnya mengakhiri dengan skor 3-2.

Paper Rex dan DRX kini layak untuk ke Tokyo Masters nanti.

Boleh dikatakan Paper Rex berjaya mengakhiri sumpahan mereka untuk memenangi piala VCT Pacific dengan hadiah kemenangan $AS$35 ribu sekaligus melayakkan mereka ke Masters Tokyo dalam dua minggu lagi.

Paper Rex diberikan dua kelebihan untuk ban dua peta namun mereka kalah dua perlawanan awal.

Mereka kalah di peta pilihan mereka sendiri iaitu Fracture.

Something membuat satu pilihan yang mengejut dengan memilih Reyna di Ascent.

Selepas itu Paper Rex terus mendominasi semua perlawanan dengan reverse sweep.

Mereka menang 13-3 di Lotus diikuti dengan 13-6 di Pearl sehingga something menukarkan Reyna kepada Jett balik.

Paper Rex sangat terkenal dengan pilihan off-meta mereka.

Reyna, Yoru dan Chamber antara ejen yang paling kurang dipilih di VCT Pacific dimana pilihan Yoru adalah dari Paper Rex sendiri.

Paper Rex kini melangkau peringkat kumpulan Masters Tokyo dan akan terus dimasukkan ke playoffs.

Seorang pemain dari Malaysia juga adalah salah seorang ahli pasukan Paper Rex iaitu d4v41.

RELATED NEWS

+