Peringkat kelayakan akhir sudah berlangsung baru-baru ini, sembilan pasukan sudah mengesahkan slot ke liga Kejohanan Major Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka (MCPS) musim keempat. "> Peringkat kelayakan akhir sudah berlangsung baru-baru ini, sembilan pasukan sudah mengesahkan slot ke liga Kejohanan Major Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka (MCPS) musim keempat. " /> Peringkat kelayakan akhir sudah berlangsung baru-baru ini, sembilan pasukan sudah mengesahkan slot ke liga Kejohanan Major Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka (MCPS) musim keempat. " />

Inilah 9 pasukan yang layak ke liga MCPS S4

Peringkat kelayakan akhir sudah berlangsung baru-baru ini, sembilan pasukan sudah mengesahkan slot ke liga Kejohanan Major Malaysia, Kemboja, Filipina dan Sri Lanka (MCPS) musim keempat. 

Pada aksi itu, pasukan dari Filipina AV Radicals sudah berjaya menduduki posisi pertama kelayakan dengan mengutip tiga Booyah dan 97 mata singkir. Hal ini  menyaksikan pasukan itu mengumpul 186 mata keseluruhan. 

AV Radicals adalah pasukan dari FIlipina yang menjalinkan kolaborasi bersama pasukan Game Master yang ditubuhkan oleh individu berpengaruh dalam komuniti,GM Remy.

“Bagi MCPS ini kami akan menggunakan nama AV Radicals oleh kerana ingin membawa sentimen kenegaraan ke dalam arena e-sukan Free Fire,” ujar pengurus pasukan, Abby.

Di samping itu, pasukan yang meniti di bibir peminat e-sukan tempatan, Expand tampak unggul di posisi kedua dengan mengaut 90 mata singkir walaupun hanya meraih satu Booyah sahaja. Aksi mantap itu menjanjikan 173 mata keseluruhan kepada pasukan Expand.

Peringkat kelayakan akhir ini memperlihatkan tiga pasukan dari Filipina menguasai empat teratas carta keseluruhan. Pasukan Anxiety mengumpul 170 mata keseluruhan di posisi ketiga dan Supreme Assault Forces mencatatkan 146 mata keseluruhan ditempat keempat.

Lima pasukan lain yang sudah layak adalah Orange Esports, Noxscape Revolt, Icon, Freedom Cheese dan Team X-Men. 

Liga Kejohanan MCPS Major S4 akan berlangsung pada 3 September hingga 9 Oktober secara dalam talian. 

Kejohanan ini menawarkan hadiah wang terkumpul kira-kira RM310,000 (AS$70,000) dan 18 pasukan yang akan bertanding bagi merebut kejuaraan.

RELATED NEWS

+