Inilah barisan pemain ONIC PH yang baru

Baru-baru ini komuniti MLBB di Indonesia digemparkan dengan pemain Filipina pertama yang berhijrah ke Indonesia untuk memperkuatkan pasukan ONIC Esports iaitu Kairi.

Kairi bersama jurulatih Yeb mengambil keputusan untuk meninggalkan pasukan ONIC PH bersama ahli pasukan mereka yang lain antaranya Baloyskie dan juga Dlarskie.

Ketika netizen beranggapan ONIC PH akan bubar, mereka kini mengumumkan barisan pemain yang baru. Pengumuman itu dibuat di dalam sebuah hantaran ringkas di akaun rasmi Instagram mereka.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONIC Philippines (@onicphilippines)

Terdiri dari ramai pemain muda, ONIC PH akan dianggotai oleh:

  • Edgar “Choox” Dumali
  • Frince Miguel “SUPER FRINCE” Ramirez
  • Kenneth “Netskie” Barro
  • Landher “Der” San Gabriel
  • Nowee “Ryota.” Macasa
  • Stephen “Sensui” Castillo
  • Jefferdson “Kekedot” Mogol
  • Ralph “Rapidoot” Adrales

Mereka juga akan dibantu dan dilatih oleh dua jurulatih baru bagi menggantikan jurulatih Yeb:

  • Kevin “Bluffzy” Reyes
  • Jeffrey “Coach J” Manforte
 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by ONIC Philippines (@onicphilippines)

Prestasi pemain pasukan baru ini sangat penting di MPL PH musim ke-10 oleh kerana mereka harus mendapatkan tempat dua terbaik bagi melayakkan diri ke Kejohanan Dunia M4 kelak.

Adakah barisan pemain baru ini bakal mendominasi arena kompetitif Mobile Legends di Filipina nanti? Kita bakal saksikan.

RELATED NEWS

+