Inilah Juara-Juara Mobile Legends, Dota 2 Dan PES 2019 Di #XPAXKEK Zon Tengah

Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Zon Tengah berlangsung dengan meriah sekali dari 6 hingga 7 April 2019 bertempat di UiTM Puncak Alam, Selangor.

Sepanjang 2 hari ini, pelbagai aktiviti menarik disediakan untuk pengunjung #XPAXKEK antaranya wacana pendidikan bersama personaliti terkenal dalam industri e-sukan dan game, persembahan artis tanahair terkenal, mencuba banyak permainan secara percuma dan yang ditunggu-tunggu, pertandingan e-sukan antara universiti.

Terdapat 3 game yang dipertandingkan pada hujung minggu ini adalah Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2019. Berikut adalah pemenang bagi setiap kategori permainan:

Dota 2

Juara: MaluApaBossku dari APU

Naib juara: Taylor’s Elite dari Taylor’s University

Tempat ketiga: NoCancer dari IIUM

Tempat ke-empat: Cedapbaitu dari MSU

PES 2019

Juara: GLHF dari UNISEL

Naib juara: E-UKM FC dari UKM

Tempat ketiga: Team Okay dari USIM

Tempat ke-empat: PESticite ft dari UiTM Puncak Alam

Mobile Legends: Bang Bang

Juara: Xecutive dari KPTM Bangi

Naib juara: Star Guardian dari IIUM

Tempat ketiga: Team PYRO dari Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah

Tempat ke-empat: Ultra Instinct dari Universiti Kebangsaan Malaysia

Juara-juara ini bakal berentap di Grand Final pada 26 hingga 27 April 2019 untuk membolot hadiah terkumpul wang berjumlah RM180,000! Tahniah kami ucapkan.

Terima kasih kepada XPAX, Kitamen, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC), Predator, Sades, Moonton E-Project, Kementerian Belia dan Sukan (KBS), Esports Malaysia (ESM), Cadbury, Todak, Boost, Mountain Dew dan juga pihak UiTM di atas kerjasama ini!

RELATED NEWS

+