International TableTop Day Malaysia 2024 – 1 & 2 Jun ini!

KakiTabletop akan menganjurkan acara yang sudah lama dinantikan para peminat permainan tabletop di Malaysia.

Hari Tabletop Antarabangsa bakal menyambut semua pemain analog yang akan bersama-sama bermain, mencuba permainan baharu dan mendapatkan kenalan baru.

Kesemua empat genre terbesar tabletop akan ada iaitu Board Games, Miniature Games, RolePlaying Games dan Trading Card Games.

Ia akan diadakaan di Great Eastern Mall pada 1 dan 2 Jun ini.

Beberapa kedai dan organisasi di Malaysia bakal menjadi wakil mengikut genre table top masing-masing.

Sesi Board Game

Pelbagai board games bakal diperkenalkan untuk dimain.

Game Masters dari Vivae Games Ampang akan mejadi hos untuk ramai orang mencuba board game yang ada.

Akida juga bakal menunjukkan board game rekaan mereka tersendiri.

Meja Miniature Game

Permainan tabletop mini akan dibuat bersama-sama Plastics & Tactics yang akan membawa aspek mewarna, penceritaan dan permainan perang.

Manakala Naga Minis, akan membawa katalog mini yang direka oleh orang Malaysia.

Sesi RolePlaying Game

Sesi tabletop roleplaying akan membawa anda mengembara ke dunia tabletop untuk mengalahkan musuh.

Here be Dragons dan Nightshade Tavern akan menjadi Game Masters untuk membantu.

Sesi pra-daftar dan sesi terbuka juga ada untuk pemain-pemain baharu.

Meja Trading Card Game (TCG)

Collektr yang menjadi peneraju penjual atas talian siaran langsung bakal membantu untuk memperkenalkan TCG hebat seperti Magic: the Gathering, Pokémon TCG, Lorcana TCG, Star Wars: Unlimited, Flesh & Blood TCG, One Piece TCG, dan lain-lain.

KakiTabletop ada hasil gabungan dan usaha yang telah bermula sejak 10 tahun lepas lagi.

Bermula dari Dungeon & Dragons dan Magic: the Gathering akhirnya berubah menjadi macam-macam lagi.

Tiada tiket diperlukan untuk acara ini kerana kemasukan adalah percuma!

Cuma beberapa sesi atau bengkel yang memerlukan anda untuk pra-daftar dan sedikit yuran.

International Tabletop Day Malaysia 2024 akan diadakan pada 1 dan 2 Jun ini di Great Eastern Mall.

Dapatkan maklumat lanjut di laman rasmi International Tabletop Day Malaysia 2024.

RELATED NEWS

+