Permainan kad Pokemon TCG Live diumumkan untuk iOS dan Android

The Pokemon Company International mengumumkan pelancaran aplikasi Pokemon TCG Live untuk peranti Android dan iOS.

Aplikasi baru ini akan membolehkan pemain menikmati Pokemon TCG dalam format digital yang sudah dikemas kini.

Pokemon TCG Live akan dilancarkan sebagai permainan free-to-play  yang juga menandakan pertama kalinya permainan strategi Pokemon TCG ini dapat dimainkan di telefon pintar, selain tablet, PC, dan Mac.

Sepertimana pemain boleh membina dek di dunia realiti, pemain juga mampu membina dek maya di aplikasi Pokemon TCG. 

Pemain juga dapat menyesuaikan pengalaman mereka dengan avatar yang disesuaikan dan aksesori Pokemon TCG serta mengambil bahagian dalam cabaran harian, dan banyak lagi. Selain itu, Pokemon TCG Live akan terus diperbaharui dengan kandungan dan ciri baru selepas pelancaran.

 

Naib presiden The Pokemon Company, Barry Sams, menyatakan bahawa aplikasi Pokemon TCG Live akan beriringan dengan versi dunia realiti yang dikenali ramai dan disukai peminat. Ia bagi menyambut era permainan digital baru di mana pemain dari seluruh dunia dapat bermain bersama tanpa mengira platform pilihan mereka.

Pokemon TCG Live akan dilancarkan tidak lama lagi dan akan disokong pada peranti iOS dan Android, serta PC dan Mac melalui pautan ini.

Pemain yang ingin melihat permainan ini sebelum pelancaran global akan dapat mengambil bahagian dalam pelancaran mudah alih di Kanada bersama dengan beta terbuka global untuk PC dan Mac yang akan dilancarkan akhir tahun ini.

RELATED NEWS

+