Lihat Grand Theft Auto V dimainkan di peranti mudah alih Game Boy

Cuba bayangkan jika anda dapat memainkan sebuah permainan moden pada konsol klasik.

Itulah yang berjaya dilakukan oleh seorang peminat bernama Sebastian Staacks dari saluran YouTube There Oughta Be.

Beliau berjaya memainkan Grand Theft Auto V di peranti mudah alih klasik, Nintendo Game Boy, yang dilancarkan lebih 30 tahun lalu.

Cuba lihat video ini.

Permainan GTAV itu tidak diproses dan dimainkan oleh peranti berumur 3 dekad itu, tetapi ia menggunakan katrij Wi-Fi Game Boy untuk menstrim permainan terus ke skrin peranti itu.

Pada dasarnya, aliran sistem itu bermula pada konsol PlayStation yang menjalankan permainan itu dan distrim ke komputer riba Linux yang memancarkan visual permainan ke katrij Wi-Fi Game Boy itu.

Walaupun ia dianggap sebagai suatu yang hebat untuk dilakukan, ia mempunyai beberapa masalah kecil, seperti skrin tidak berwarna dan resolusi yang amat rendah, iaitu pada 160×144 pixel sahaja.

Audio juga menjadi isu kerana permainan itu bermain tanpa bunyi di Game Boy.

Sebenarnya, Staacks boleh menyiarkan apa-apa sahaja ke Game Boy itu dengan syarat ia boleh dimainkan di komputer riba Linuxnya.

Cuma ia terbatas dengan kuasa peranti yang digunakan.

Tetapi, projek ini menunjukkan kercerdikan Staacks serta potensi yang boleh digunapakai pada masa hadapan seperti menggunakan katrij Wi-Fi untuk menstrim sesuatu media ke peranti yang jauh.

Semoga Nintendo tidak menutup projek ini.

Sumber rujukan: Comicbook.com

RELATED NEWS

+