Wanita 20-an ditipu RM11,000 beli konsol permainan video

Seorang wanita baru-baru ini ditipu lebih dari RM11,000 apabila dia hendak membeli konsol permainan video.

Penolong Persuruhjaya Polis Sentul, Ahmad Sukarno Mohd Zahari mengatakan wanita berusia 20 tahun itu membuat laporan kepada polis pada 13 Mei selepas kejadian itu.

Mangsa mengatakan dia menekan satu iklan di TikTok yang menjual konsol mudah alih itu dengan harga RM300.

Dia kemudiaanya menghubungi ejen itu dan dikatakan perlu deposit sebanyak RM250.

Dia juga diarahkan untuk membayar yuran kastam, insurans, yuran pelepasan termasuk penghantaran.

Kesemua hal ini dibuat secara berperingkat dari 8 Mei sehingga 13 Mei dengan dua akaun miliknya berjumlah sehingga RM11,500.

Konsol itu berkemungkinan adalah Nintendo Switch.

Orang ramai hendaklah sentiasa berhati-hati dengan iklan-iklan terutamanya yang muncul di media sosial.

Rujukan: TheStar

RELATED NEWS

+