Isteri Ayul Rahman meninggal dunia

Satu kehilangan yang besar buat Ayul Rahman atau Aylrhmn Gaming apabila isterinya Quya Anuar dilaporkan meninggal dunia, semalam.

Berita kehilangan ini diumumkan oleh Ayul sendiri melalui sebuah hantarannya di akaun Facebooknya semalam. 

 

Sebelum ini, isterinya dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pada 24 November lalu. Dia pernah menghidap Hipertensi Pulmonari antara penyakit yang mempunyai bilangan pesakit yang rendah di Malaysia. Biasanya, penghidap akan mengalami kesukaran untuk bernafas, sakit dada, palpitasi jantung dan bermacam lagi gejala lain.

Pada tahun lalu, Ayul menanggung kos perubatan isterinya yang mencecah sehingga RM9,000 sebulan.

Kami di pihak MyGameOn mendoakan semoga roh Allahyarhamah Quya Anuar dicucuri rahmat dan ditempatkan di dalam kalangan solehah. Kami juga mendoakan Ayul akan terus tabah dan dan sentiasa kuat menghadapi dugaan ini. 

Kami juga mengharap peminat dan penonton kandungan Ayul Rahman di Facebook terus memberikan sokongan buatnya.

Sumber dan foto: Ayulrahman Gaming

RELATED NEWS

+