xQc streamer paling popular, diikuti Gaules, loud_coringa dan auronplay, lapor Stream Hatchet

Laporan dari Stream Hatchet kali ini akan menunjukkan streamer paling popular tahun ini di ketiga-tiga platform iaitu Youtube, Facebook dan Twitch.

Namun, streamer-streamer popular dimonopoli oleh streamer dari Twitch.

Streamer Lelaki Paling Popular

XQcOW masih menjadi streamer yang paling popular untuk tahun ini tetapi dia sebenarnya sudah mendapat sedikit penurunan sebanyak 41 juta jam berkemungkinan dari pengurangan stream.

Namun, xQc masih jauh 13 juta jam dihadapan Gaules.

Di lima tempat teratas ini, hanya xQc seorang sahaja yang menggunakan Bahasa Inggeris, manakala Gaules, loud_coringa, auronplay dan ibai menggunakan bahasa negara masing-masing.

Shroud masih berupaya untuk menjadi sepuluh teratas dengan 21 juta jam jumlah tonton.

Berkemungkinan ini adalah disebabkan Shroud menjadi antara hos untuk beberapa acara VALORANT.

Streamer Wanita Paling Popular

Sedikit perubahan untuk Streamer Wanita Paling Popular. Tiga daripada streamer ini adalah dari Youtube Gaming.

Amouranth mendahului sebagai streamer wanita dengan 12.1 juta jumlah jam tontonan.

Dia dikenali sebagai streamer yang membuat Hot Tub stream terkenal dan juga kejayaan dalam ASMR yang dibuat olehnya.

Pekora Ch. dan Valkyrae mengikuti Amouranth malah kedua-dua streamer ini mempunyai purata sebanyak 22 juga penonton dalam suku ketiga ini.

Dalam lima senarai ini, tiga daripada mereka menggunakan bahasa negara masing-masing dan dua orang adalah Vtuber.

Vtuber Terkenal

Vtuber sudah menjadi trend sejak bermulanya pandemik tahun lalu. Tiga Vtuber terbesar juga berjaya memasuki ranking 100 streamer paling tinggi jumlah jam tontonan.

Vtuber sangat popular terutamanya untuk warga Jepun dan Korea.

Mendahului semua iaitu Kuzuha Channel yang bermain Apex Legends menjadi Vtuber paling banyak jumlah tontonan sekaligus terus mengubah stigma Vtuber lelaki tidak boleh berjaya.

RELATED NEWS

+