Pelakon, Zahiril Adzim (BobbySan) tidak lagi stream sepenuh masa di Facebook

Pelakon tanah air yang dikenali menerusi filem Juvana, Zahiril Adzim atau BobbySan dalam kalangan peminatnya mengumumkan tidak lagi strim sepenuh masa di Facebook Gaming atas sebab-sebab tertentu.

Menerusi kenyataan di Facebook page miliknya semalam, Zahiril berkata, dia tak lagi menjadi Facebook Partner (satu ruang kerjaya yang membolehkan streamer-streamer memperoleh pendapatan). 

Katanya lagi, beliau berterima kasih kepada peminat yang tak henti memberi sokongan daripada awal.

“Terima kasih banyak kepada semua yang sokong dari hari pertama saya menjadi FB Partner streamer hingga lah hari – hari terakhir saya ini.

“Terima kasih kepada ANGKATAN BOBBYSAN & penyokong yang menjadi tulang belakang saya selama ini. Tak lupa juga pada yang mendermakan Stars selama ini, pengikut dan penonton yang supporting gila – gila,” tulisnya.

Pun begitu, beliau akan tetap memenuhi watch hours yang diperuntukkan dalam sebulan iaitu sebanyak 80jam baginya. Katanya lagi, jika kelapangan, dia akan terus strim dan live di Facebook buat peminat.

Zahiril bagaimanapun tak mendedahkan sebab sebenar dengan langkah yang diambil ini.

Seharapnya semua urusan akan berjalan lancar!

Bagi yang mengikutinya, Zahiril Adzim adalah seorang pelakon dan streamer tempatan yang gemar mempertontonkan gameplay PUBG Mobile kepada peminatnya. Zahiril juga ada menyertai acara komuniti bersama streamers tempatan lagi bagi mengukuhkan silaturahhim antara mereka.

Sumber: BobbySan

Foto: Harian Metro

RELATED NEWS

+