Isu Instagram Blacklist diserang kini sudah selesai – Andrian Pauline

Berikutan isu provokator yang menyerang Instagram Blacklist International tempoh hari, CEO RRQ iaitu Andrian menyatakan beliau akan mengambil tindakan lanjut (undang-undang) kepada setiap individu yang terbabit.

Perkara ini disebabkan ada di antara provokator itu mengaku diri mereka sebagai peminat RRQ Hoshi sedangkan peminat setia RRQ tidak akan melakukan perkara yang akan memalukan pasukan mereka sendiri.

Kini beliau membuat pengumuman lagi tentang Instagram milik Blacklist International sudah kini kembali seperti biasa dan boleh dilihat.

Sebelum ini, provokator membuat laporan untuk menyekat Instagram Blacklist.

Perkara itu terjadi sejurus RRQ Hoshi tewas di tangan pasukan Filipina itu di Kejohanan Jemputan Liga Profesional Mobile Legends (MPLI) 2021 baru-baru ini.

Diharap provokator itu tidak akan mengulangi kesalahan yang sama kerana perbuatan itu akan menjejaskan imej RRQ dan negara Indonesia itu sendiri.

Foto: RRQ AP

Sumber: emak_moba

RELATED NEWS

+