Roblox pada bulan lalu sudah disaman sebanyak RM800 juta. Kini Roblox mengambil langkah menjalinkan kerjasama bersama Sony.
Kerjsama yang ditandatangani itu adalah usaha platform pembangun dunia virtual itu bagi menghasilkan muzik dalam permainan untuk komuniti termasuk konsert virtual.
Tahun lalu, Roblox mengadakan konsert virtual bersama artis Lil Nas X pada bulan November dan parti tarian bersama Zara Larsoon pada Mei tahun ini.
Bulan lalu Boblox telah disaman oleh National Music Publishers’ Association (NMPA), sebuah kesatuan yang mewakili syarikat-syarikat rakaman, selepas dikatakan melanggar DMCA. Roblox dikatakan sudah mendapat keuntungan secara tidak sah daripada kandungan yang dimuatnaik atau distrim daripada pelbagai artis.
Pada pertengahan Jun, selepas tuntutan NMPA, Roblox menyelesaikan tuntutan salah satu plaintif dan menandatangani kerjasama strategik bersama BMG. Hal ini diumumkan oleh BMG di laman mereka.
Syarikat itu menyatakan, “Roblox menghormati setiap hak pembikin dan menggunakan teknologi terkini untuk menapis setiap muzik yang dimuatnaik. Roblox tidak bertoleransi untuk mereka yang melakukan kesalahan yang sama dan akan membalas setiap permohonan DMCA yang dihantar.”