Roblox tidak selamat untuk kanak-kanak – People Make Games

Roblox cukup sinonim dengan pembangun-pembangun permainan yang ingin mempelajari cara membangunkan permainan, terutamanya bagi golongan kanak-kanak. 

Namun, baru-baru ini sebuah saluran YouTube, People Make Games, mendedahkan melalui video mereka bahawa Roblox bukanlah sebuah pelantar yang selamat untuk kanak-kanak dan ia cukup membimbangkan.

Akibat kurang pantauan daripada pihak Roblox, terdapat syarikat yang mengeksploitasi pembangun permainan cilik ini, bahkan terdapat juga kanak-kanak yang didera secara seksual dan dibuli oleh pihak moderator pelantar itu. 

Seorang pembangun permainan kanak-kanak turut menyatakan bahawa permainan yang dibangunnya masih dijanakan wang oleh Roblox, tetapi dia tidak memperoleh wang itu walaupun namanya sudah dibuang daripada pelantar atas dasar kononnya melanggar polisi keselamatan.

Buat masa ini pihak Roblox hanya menyatakan, “Roblox mengambil laporan penderaan dengan serius dan jika menemui sebarang pelanggaran peraturan, tindakan akan diambil,”

Sumber: Eurogamer

RELATED NEWS

+