Pasukan bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT) berkolaborasi dengan pasukan GBX Esports untuk membentuk skuad JDT|GBX Esports.
Pasukan ini bakal membawa cabaran bagi kejohanan e-sukan FIFA dan eFootball.
Mereka akan menyertai FIFAe Club Series 2023 dan eFootball International Cup nanti.
Kedudukan terkini JDT|GBX Esports adalah di kedudukan ke-14 dunia dan pertama di Asia.
JDT juga menjadi pasukan bola sepak Liga Super Malaysia pertama akan ke kejohanan antarabangsa ini menerusi JDT|GBX.
JDT|GBX Esports bakal menampilkan pemain-pemain terhebat kategori e-sukan untuk musim 2022/23.
FIFA
Bagi eFootball pula Mohd Norhaikal Bin Mohamad Noh bekas juara pingat emas Commonwealth Esports Championships juga akan akan membawa cabaran eFootball International Cup yang sudah pun bermula Oktober lepas.
Jurulatih
Muhammad Syahir Aqil Shahat dipilih untuk menggalas tanggungjawab sebagai ketua jurutalih JDT|GBX Esports.
Nampaknya JDT|GBX Esports bakal meluaskan kuasa mereka di persada dunia tidak lama lagi.
Foto: Johor Southern Tigers