Jerit ‘tolong, tolong’ semasa bermain Apex Legends, polis serbu rumah streamer ini disangka ada kecemasan

Peermainan seperti VALORANT atau Apex Legends mahupun PUBG Mobile pastinya mempunyai saat-saat genting yang akan menjadikan kita ghairah dalam permainan sehinggakan terlepas carutan atau makian kepada musuh mahupun pasukan sendiri.

Kadang kala, kita sendiri tersepit dalam keadaan yang sukar dan melaung serta menjerit meminta pertolongan sedangkan mikrofon hanya 2 inci dari mulut kita.

Keadaan ini berlaku kepada seorang streamer yang bermain Apex Legends dengan penuh semangat. Dia meminta pertolongan daripada ahli pasukannya, tetapi yang sampai bukan ahli pasukan, tetapi sepasukan polis yang ingin membantu streamer itu kerana disangka ada masalah.

Dalam sedutan video di bawah, dapat dilihat bahawa beberapa anggota polis yang hadir ke lokasi untuk menyoal Vuzby, streamer itu, tentang situasinya.

“Adakah anda sedang stream sekarang?” seorang pegawai bertanya.

“Adakah anda menjerit ‘tolong’ pada satu ketika?” ditanya lagi.

Vuzby menjelaskan kepada polis apa yang berlaku dan bahawa dia menjerit untuk membuat kandungan atau konten, sesuatu yang membuat pegawai itu ketawa.

Pegawai polis itu kemudiannya mendedahkan dia mendengar Vuzby menjerit meminta tolong dan seseorang mendengarnya dari luar. Sebelum beredar anggota polis itu mengucapkan selamat maju jaya kepada streamer itu dan berharap dia akan mendapat banyak tontonan di salurannya.

Mujur buat streamer itu, kedua-dua anggota polis yang bimbang itu amat tenang. Walaupun kejadian ini agak lucu, kita perlu berhati-hati dalam berkomunikasi agar tidak mengganggu ketenteraman jiran tetangga mahupun pihak berkuasa.

Sumber rujukan: Twitter

RELATED NEWS

+