Kerajaan Perancis haramkan beberapa perkataan permainan video

Kerajaan Perancis kini secara rasmi mengharamkan beberapa perkataan Bahasa Inggeris di dalam negaranya.

Antara perkataan itu adalah “esports”, “streamer”, “pro gamer” dan “cloud gaming” menurut The Guardian.

Keputusan ini dibuat oleh Menteri Kebudayaan Perancis yang memberitahu bahawa perkataan Bahasa Inggeris ini boleh menjadi masalah ketidakfahaman untuk orang yang tidak bermain permainan video.

Kerajaan Perancis akan menggunakan bahasa perancis dari menggunakan bahasa inggeris untuk menggantikan perkataan itu dalam komunikasi profesional.

Perkataan ‘pro gamer’ menjadi joueur prefessionnel,’ manakala ‘streamer’ ditukar menjadi “joueur-animateur en direct”.

E-sukan pula diubah menjadi “jeu video de competition”.

Penukaran ini dibuat dengan rujukan dari laman sesawang permainan video dan majalah di Perancis untuk melihat jika istilah ini pernah digunakan atau tidak.

Apa yang Perancis buat ini adalah untuk menggunakan bahasa rasmi mereka dan boleh dikatakan indusri permainan video dan berita mungkin tidak akan berubah.

Rujukan: The Guardian

RELATED NEWS

+