Tencent umumkan kejohanan baru di China, e-sukan Wild Rift semakin rancak

Arena Wild Rift di China sangatlah meriah sehingga banyak kejohanan dari skala kecil hinggalah besar diadakan. Di sana sudah ada ekosistem e-sukan yang lestari dan stabil.

Mana tidaknya, Liga Wild Rift (WRL) sudah memulakan jendela perpindahan baharu manakala liga kedua, Wild Rift Tour (WRT) akan mempunyai sistem liga menyeluruh dengan memperkenalkan kenaikan tier (promotion) dan relegasi.

Memeriahkan lagi arena e-sukan Wild Rift di China, Tencent memperkenalkan Ionian Cup yang akan dianjurkan pada September manakala WRL akan memulakan musim baharu pada Oktober. WRL juga akan berkolaborasi dengan OnePlus untuk memperkenalkan budaya mesra alam menerusi Program Kitar Semula.

Selain itu, bagi WRL, akan ada kem latihan rasmi yang menyediakan regimen latihan fizikal untuk pemain profesional. Ini bagi menggalakkan ekosistem e-sukan Wild Rift memupuk gaya hidup lebih sihat.

Sumber rujukan: gamingonphone

RELATED NEWS

+