Jom belajar genre permainan video: Battle Royale – bagaimana PUBG wujud

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Permainan Battle Royale seperti PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBGM), Apex Legends, Fortnite, CODM dan pelbagai lagi permainan video battle royale yang kini menjadi antara permainan battle royale paling popular dan mempunyai ramai peminat.

Namun kita selalu mendengar istilah battle royale tetapi apakah itu battle royale?

1. Sejarah istilah Battle Royale

Battle Royale (2000) - IMDb

Perkataan “battle royale” berasal dari sebuah filem Jepun yang bertajuk Battle Royale.

Battle Royale terjadi apabila satu kelas pelajar-pelajar bermasalah dipaksa untuk berlawan sesama sendiri dengan senjata yang sudah disediakan di pulau terpencil.

Filem Battle Royale inilah yang menjadikan konsep battle royale yang pertama dan memberi inspirasi kepada cerita seperti Hunger Games.

2. Apa itu permainan video Battle Royale?

Permainan video battle royale bermula dengan konsep yang sama iaitu anda seorang diri berada di sebuah pulau besar, kemudian anda perlu mencari senjata dan dan berlawan dengan pihak lawan sehingga menjadi orang yang terakhir terselamat.

Battle royale mengekalkan konsep asal “last man standing” dan menjadi permainan video dunia terbuka untuk semua orang berlawan dan turun dari payung terjun dan memilih drop zone sendiri.

3. Idea mudah mencetuskan populariti

Pada tahun 2013, Brendan Greene menggunakan nama PlayerUnknown dan mecipta mod battle royale di dalam permainan video Arma 2 atau juga dikenali sebagai DayZ.

Greene berjaya menarik begitu ramai orang sehingga Bluehole Inc mencari Brendan Greene dan membina permainan battle royale yang semua tahu iaitu PlayerUnknown’s Battlegrounds (PUBG) yang hadir ke pelantar PC di Steam pada tahun 2017.

PUBG nyata berjaya dengan formula battle royale sendiri dan menjadi begitu besar sehingga dapat membuat PUBG Mobile sebagai versi mudah alihnya.

Malah Epic Games sendiri juga menggunakan formula ini dengan Fortnite dan keluar pada September 2017 sebagai permainan battle royale yang percuma untuk semua orang.

Fortnite berjaya mendominasi dunia permainan video sehingga mencapai 20 juta pemain unik pada November 2017 dan meningkat ke 45 juta pemain pada Januari 2018.

Dari hanya menjadi permainan video, Fortnite berubah menjadi fenomena kebudayaan dengan gaya tarian dan emotes yang viral di seluruh media sosial.

Kesimpulan

Battle Royale pada tahun 2021 kekal menjadi antara genre permainan video paling popular terutamanya di dalam versi mudah alih.

Free Fire membuktikan perkara ini dengan 1 bilion muat turun di Google Play Store yang baru-baru ini dicapai oleh mereka.

Kini Apex Legends pula datang dan menunjukkan semua orang dengan penciptaan rekaan permainan video yang berkualiti, juga dapat menjadi antara yang terbaik. Versi mudah alih juga diumumkan akan hadir tak lama lagi.

RELATED NEWS

+