Beli KFC Gamer Box dan korang boleh dapatkan in-game item eksklusif PUBG Mobile dan PUBG: Battlegrounds secara percuma!

Bayangkan suatu hari korang main PUBG Mobile dan PUBG: Battlegrounds dengan member-member, tiba-tiba terjumpa restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) dalam game! Itulah antara keunikan dalam kolaborasi terbaharu ini.

Restoran KFC bukan hanya sekadar dekorasi sebab korang boleh jumpa in-game loots bertemakan KFC contohnya ‘KFC Drink’, ‘KFC Nuggets’ dan ‘KFC Chicken Bucket’ untuk menambahkan nyawa dan energi karakter korang. 

KFC Gamer Box

Lebih gempak, kolaborasi ini bukan setakat dalam game saja, sebab korang juga boleh dapatkan hidangan KFC Gamer Box bertemakan PUBG di restoran KFC berhampiran rumah korang. Menu edisi terhad ini boleh dibeli sekarang hingga 7 November.

Dengan setiap pembelian KFC Gamer Box secara belian di kaunter atau penghantaran (delivery), korang akan dapat ‘scratch card’ untuk menebus ‘in-game loot’ eksklusif bagi PUBG Mobile dan PUBG: Battlegrounds.

Contohnya, payung terjun, skin t-shirt, tin penyembur cat dan bucket hat menampilkan warna dan rekaan ikonik KFC. Memang betul ganjaran ‘menjilat jari’!

PUBG Mobile

PUBG: BATTLEGROUNDS

 

Selain itu, korang juga boleh ajak member korang hadir majlis pelancaran dan ramah mesra di KFC Pavilion Bukit Bintang dan jumpa sendiri atlet e-sukan terkemuka. Macam-macam aktiviti menarik korang boleh cuba dekat sana nanti.

 

Jangan lupa dapatkan menu edisi terhad KFC Gamer Box sekarang! 

 

RELATED NEWS

+