Jom sertai sesi ujibakat jadi pengulas Mobile Legends!

Pernah terfikir nak jadi pengulas atau personaliti e-sukan di Malaysia? Kali ini Mobile Legends: Bang Bang membuka lagi sesi ujibakat untuk mencari pengulas bagi permainan mudah alih ini. 

Anda akan berpeluang untuk hos kejohanan secara langsung ataupun mengulas perlawanan dipertandingkan.

Sesi ujibakat terbuka ini akan menawarkan kontrak kepada yang terpilih. Bagi anda yang berminat, boleh klik LINK ini untuk mendaftar. Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 17 Mac jadi anda perlu cepat!

 

Syarat Kemasukan:

· Berumur 18 tahun ke atas

· Fasih dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris

· Dapat menampilkan diri dengan baik di depan kamera

· Mempunyai minat terhadap Mobile Legends: Bang Bang

· Menetap di Kuala Lumpur atau di Selangor (atau mempunyai tempat untuk menginap di Kuala Lumpur atau Selangor dan boleh datang ke lokasi jika di perlukan)

RELATED NEWS

+