Juara TI10, Team Spirit, cuba main League of Legends, ini apa yang mereka fikir tentang LoL

Team Spirit terkenal sebagai pasukan terbaik Dota 2 pada kejohanan terbesar dunia e-sukan, The International 10 (TI10). Malah, mereka tersemat di hati peminat Dota 2 bahawa mereka adalah pasukan baru yang mendominasi kejohanan dunia itu. Baru-baru ini, mereka dicabar untuk bermain MOBA hasil Riot Games, iaitu League of Legends.

Bagi peminat Dota 2, bermain League of Legends dikatakan seperti memakan nasi lemak dari Singapura. Dalam kata lain, ia ‘tidak asli’. Bagi Team Spirit pula, ia sebuah pengalaman yang penuh gundah-gulana.

Saluran YouTube organisasi itu menunjukkan video yang menunjukkan pasukan Dota 2 Team Spirit bermain League of Legends. Jurulatih Airat ‘Silent’ Gaziev bermain sebagai ahli kelima pasukan itu, mengganti Mira.

Yatoro seterusnya menggambarkan League of Legends sebagai permainan paling teruk di dunia kerana isu dengan kedua-dua antara muka dan permainan.

“Ia adalah permainan paling teruk di dunia kerana anda berasa muak melihatnya,” kata juara TI10 itu.

“Jika anda log masuk ke LoL, dan kemudian ke Dota 2, anda memahami sejauh mana Dota 2 sudah berkembang. Skill watak tidak disasarkan, semua Creep menghalang mereka. Mereka hanya membunuh Creep khas dan memusnahkan ‘ancient’ kami,” keluh Yatoro.

Tambahan pula, Yatoro turut berkeluh tentang butang ‘Surrender‘. Beliau kata jika Dota 2 mempunyai pilihan itu, mereka sudah akan tewas dalam banyak perlawanan sebelum ini.

Yatoro pastinya tidak gemar akan League of Legends. Sentimen ini dikongsi oleh rakan sepasukannya, Miposhka dan Silent, yang tidak selesa memainkan permainan itu.

Namun, Collapse dilihat paling fokus di video itu. Beliau juga muncul sebagai ahli pasukan dengan jumlah kill tertinggi.

Nampaknya, pemain Dota 2 dan League of Legends akan tetap setia bersama MOBA yang diminati oleh mereka.

Sumber rujukan: YouTube 

RELATED NEWS

+