Juara TI10, Yatoro, dikenakan hukuman di Twitch

Illya ‘Yatoro’ Mulyarchuk, pemain pembawa Team Spirit dan pemenang The International 10 (TI10), mula melakukan penstriman langsung baru-baru ini dan akhirnya menerima larangan daripada Twitch (yatoro_g).

Dia berkongsi mesej tentang larangannya daripada Twitch pada profil Vkontakte Yatoropada 31 Oktober. Beberapa teori berlegar tentang sebab larangan ini berlaku, tetapi mesej daripada Twitch menjelaskan bahawa ia berkaitan dengan pengedaran perisian hasad (malware) atau pengiklanan laman web berniat jahat .

Akaun Yatoro masih digantung daripada Twitch pada masa menulis artikel ini.

Sejak menjuarai TI10 dengan Team Spirit, Yatoro sudah stream hampir setiap hari sejak 23 Oktober. Pada 31 Oktober, dia terpaksa berhadapan dengan situasi luar biasa kerana akaun Twitchnya digantung.

Imej di atas diambil daripada profil media sosial Vkontakte yang menerangkan punca gantungan itu adalah pengedaran perisian hasad serta pengiklanan laman web berniat jahat.

Pada masa ini, tidak jelas sama ada Yatoro mengedarkan perisian hasad secara tidak sengaja atau sebaliknya, tetapi komuniti percaya bahawa Twitch mungkin sudah menyangka saluran sebenar Yatoro sebagai saluran palsu yang menyamar sebagai dia dan menyebarkan perisian hasad dengan menyiarkan pautan terlarang.

Banyak saluran palsu sudah dibuat dengan variasi nama Yatoro di Twitch, sejak pemain Rusia memenangi TI10 dan kembali ke penstriman langsung.

Setakat ini, tempoh gantungan Yatoro di Twitch belum diketahui.

RELATED NEWS

+