Streamer Twitch, Wolfabelle bercerita ‘stalker’ peras ugut minta foto, video tidak senonoh

Penstrim di Twitch, Wolfabelle tidak mampu menahan air matanya pada 10 September ketika dia bercerita bagaimana seorang pengintai (stalker) yang memeras ugut dirinya selama seminggu.

Lelaki itu meminta foto, video yang tidak senonoh dengan syarat maklumat peribadi Wolfabelle tidak didedahkan kepada pihak tertentu.

“Dalam seminggu yang lalu, saya berdepan dengan stalker. Dia mengugut untuk membocorkan maklumat peribadi, hidup peribadi saya melainkan saya mengikut kehendak seksualnya,” katanya dalam penstriman langsung.

Dia juga mengakui situasi itu sangat menakutkan dan penuh stress dan dia tidak memenuhi pun permintaan stalker itu.

“Memang benar saya takkan ikut kehendak mereka tapi mereka tahu alamat saya. Mereka hantar foto flat saya duduk sekarang. Ini adalah satu ugutan peribadi yang ekstrim,” katanya lagi.

Dia juga berkata kawannya membantu dirinya berpindah sementara dan akan strim di rumah kawannya sebelum mencari flat baru.

Wolfabelle bagaimanapun sudah menghubungi pihak peguam dan memberikan mereka kemaskini setiap hari mengenai situasinya. 

Akhir sekali dia mengucapkan terima kasih kepada peminat yang memberi semangat kepadanya.

Streamer wanita seringkali menjadi mangsa stalking di luar negara antaranya Emiru yang mana stalker dihadapinya kini ditangkap, Brookeab pula terlepas TwitchCon kerana ugutan bunuh dan Meowko yang meninggalkan pantai kerana stalking yang melampau.

Rujukan: Dexerto

RELATED NEWS

+