Twitch dan Kick kini diharamkan di Turki

Follow kami di WhatsApp , Instagram, and TikTok MyGameOn, jadi antara yang terpantas untuk dapatkan berita e-sukan, gaming dan anime!

Persatuan Loteri Kebangsaan Turki baru-baru ini mengharamkan Twitch dan Kick.

Kedua-dua pelantar ini kini diharamkan di negara itu disebabkan kebimbangan masalah aktiviti perjudian yang kian berkembang.

Perjudian kini tidak lari dari Twitch dan Kick. Ia kini menjadi isu yang membawa kontroversi.

Perkara seperti ini juga berlaku apabila Sliker, salah seorang streamer Twitch menggunakan dana yang diminta semata-mata untuk berjudi.

Dia juga menipu penonton dan beberapa pencipta kandungan lain mengatakan banknya sudah dibekukan.

Sliker juga mengakui dia meminjam duit dari beberapa individu hanya untuk memuaskan nafsu berjudi.

Disebabkan ini, Twitch memperbaharui peraturan perjudian di pelantar mereka.

Wartawan, Ibrahim Haskoluğlu sebelum ini melaporkan Kick dihalang di Turkey dan Twitch bakal menyusul tidak lama lagi selepas itu.

Ini bukan pertama kali Twitch terpaksa memberhentikan operasi di sesebuah negara.

Korea Selatan juga bakal memberhentikan operasi Twitch mulai esok.

RELATED NEWS

+