Muhammad Izzrudin “Jumper” Hashim tidak asing lagi sebagai salah satu pemain e-sukan PUBG Mobile terbaik di Malaysia.
Dia kini adalah ejen bebas selepas keluar dari 4Rivals pada hujung Januari.
Baru-baru ini anak muda kelahiran Kuala Pilah itu dianugerahkan dengan Pingat Jasa Kebaktian dari Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan di Istana Besar di Seri Menanti.
View this post on Instagram
Pingat ini hanya diberikan kepada barang siapa yang berbuat jasa cemerlang kepada negeri dan juga menunjukkan kebolehan luar biasa.
Pingat Jasa Kebaktian ini diberikan kepada Jumper atas hasil usahanya dan kejayaannya dalam bidang e-sukan.
Dia juga pernah mewakili Malaysia dalam kategori individual dan pasukan untuk acara PUBG Mobile di Sukan SEA ke-31, Vietnam.
Tidak lupa juga prestasi cemerlang pasukan 4Rivals ketika PUBG Mobile Global Championship 2022.
Jumper juga adalah pemain e-sukan Malaysia kedua selepas Soloz yang menerima Pingat Jasa Kebaktian.