Team Secret umumkan barisan pemain baharu untuk PUBGM

Pasukan gergasi e-sukan, Team Secret mengumumkan barisan pemain baharu di PlayerUnknown’s Battlegrounds Mobile (PUBGM).

Ini selepas Team Secret melepaskan barisan pemain mereka yang lama kerana gagal mencapai kejayaan selepas memenangi Kejuaraan PUBG Mobile Pro League (PMPL) SEA Fall 2021.

Walaupun mereka mencuba pelbagai barisan pemain yang baharu, mereka gagal untuk mengulangi pencapaian itu.

Pada Rabu, Team Secret mengumumkan bahawa mereka sudah mengambil empat pemain baharu.

Pemain ini adalah Putra, Zrai, Ryzai dan Helton.

Barisan pemain ini dianggap sebagai satu generasi baharu untuk Team Secret.

“Keputusan kami adalah untuk bermula dari awal dan kami sendiri mencari pemain rookie itu” ujar Team Secret.

Mereka tahu bahawa ramai pemain berbakat di Malaysia dan Team Secret mahu memberi peluang kepada pemain-pemain itu.

Mereka akan membuat debut mereka di PMPL Malaysia musim luruh 2023 yang akan bermula pada 7 Jun.

RELATED NEWS

+