Jurulatih Team Caracal ingin cari pasukan baru..

Jurulatih pasukan Team Caracal iaitu Jerong atau nama sebenarnya Fikry Amir berkata dia akan mula mencari pasukan baru untuk menjadi jurulatih.

“Saya ingin mencari pasukan yang sedang aktif dalam kompetitif di peringkat semi professional MLBB untuk dipersiapkan bagi kelayakan MPL MY musim ke-11 yang akan datang.

“Selepas dua musim berada dalam liga professional sebagai jurulatih MAB Esports (S9) dan Team Caracal (S10), saya yakin mampu membawa muka-muka baru untuk layak ke liga professional akan datang (musim 11),” ujarnya.

Ketika ditanya tentang persiapan dia sebagai jurulatih di dalam Team Caracal, dia berkata dia menghadapi kekurangan masa dan pemain yang dibawa masuk olehnya kekurangan masa berlatih.

“Sebab utama saya ingin mempersiapkan pasukan lebih awal kerana selama dua musim di liga profesional yang lepas saya kekurangan masa untuk mempersiapkan pasukan kerana hanya mengisi jawatan jurulatih bermula minggu keempat.

“Pemain yang ada juga bukanlah dari hasil pemilihan saya sendiri. Malah, pemain yang saya bawa masuk selepas minggu keempat dan keenam kekurangan masa untuk berlatih bersama kerana ketika itu MPL sudah pun berlangsung,” katanya.

Adakah kita akan melihat Jerong membawa satu pasukan yang baru untuk musim MPL yang seterusnya? Kita bakal saksikan.

Terdahulu, Team Caracal adalah salah satu pasukan yang gagal layak ke playoff selain pasukan Suhaz Esports. 

Walaupun mereka membawa masuk bekas pemain Suhaz Esports musim kesembilan, sudah terlalu lambat untuk mereka bangkit kembali mengejar mata bagi melayakkan diri ke peringkat playoff.

Selain itu, Team Lunatix yang bersaing mata dengan Team Caracal berjaya mencipta kejutan apabila berjaya menewaskan juara musim kelapan iaitu Team SMG dengan skor 2-1 dan juga Team Haq dengan skor 2-0.

Oleh kerana kemenangan itu, mereka kembali bangkit seterusnya melayakkan diri ke peringkat playoff.

Foto: MOONTON Games

RELATED NEWS

+