Jurulatih Todak VALORANT meninggalkan pasukan selepas setahun

Todak VALORANT adalah salah satu pasukan Malaysia yang berjaya menjuarai kejohanan VALORANT First Strike Malaysia and Singapura, Onslaught VALORANT League dan menduduki tempat terbaik untuk VCT 2021: Malaysia & Singapore Stage 3 Challengers 1 dan lain lagi.

Semua kejayaan ini berasal dari didikan dan bimbingan jurulatih pasukan Aiman Azham yang menyertai pasukan Todak VALORANT pada Februari tahun lepas.

Namun, pasukan Todak mengumumkan pemergian jurulatih ini dari pasukannya melalui sebuah siaran di Facebook.

Aiman Azham atau dikenali dengan nama dalam permainan, NNNamia atau aimaNNN, adalah bekas pemain profesional Counter Strike Global Offensive untuk beberapa pasukan terkemuka seperti FrostFire, MVP Karnal, Fire Dragoon dan lain lagi.

Dia juga pernah menjadi jurulatih untuk pasukan Fire Dragoon. Jelas mengapa dia mahir mendidik pasukan VALORANT Todak sehingga merangkul beberapa piala di arena kompetitif VALORANT.

Dia juga dilihat mencapai kedudukan Radiant, iaitu kedudukan tertinggi di VALORANT.

Semoga Aiman terus maju jaya dalam dunia e-sukan VALORANT.

Sumber rujukan: Facebook

RELATED NEWS

+