"> " /> " />

Todak Academy lantik Sunfrost dan Kuja jadi tenaga pengajar program Todak Apprentice

Todak Academy kini menganjurkan program baharu bagi membantu anak muda menjadi pemain e-sukan yang profesional.

Melalui program ‘Todak Apprentice’  itu, mereka juga sudah melantik tiga pelatih iaitu Ajwad Yusof (Kuja), Syed Fitri (Sunfrost), Amirul Haiqal (Kasiim) yang akan membimbing para peserta program menjalani latihan inklusif selama tiga hari. 

Todak Academy memperkenalkan metodologi pembelajaran yang intensif dan berstruktur dalam Program Todak Apprentice. Peserta akan mendalami mekanik permainan Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) yang canggih serta strategi permainan untuk meningkatkan kawalan hero dan kedudukan semasa bermain. Selain itu, program ini juga menekankan peningkatan koordinasi dan kemahiran komunikasi dalam pasukan.

“Macam yang semua tahu, kat luar sana ramai orang yang obses bermain game. Jadi, tujuan program Todak Apprentice ini diadakan adalah untuk membantu dan membimbing pemain diluar sana untuk mereka lebih arif dalam membentuk diri kearah yang lebih profesional dan menjadikan sebagai satu kerjaya,” kata En.Khairul Azlan, Pengasas syarikat Todak.

“Todak Academy menerima banyak pertanyaan macam mana nak masuk Todak sebagai pemain e-sukan. Jadi, kami mendengar permintaan diluar sana. Kami menjadikan Todak Apprentice sebagai satu platfom untuk berlatih secara sihat, kompetitif dan profesional,” kata En. Mohamad Taufik Rizal, Ketua Pegawai Eksekutif Todak Academy.

“Kami berharap bahawa Program Todak Apprentice akan menjadi laluan terbaik untuk mereka yang berminat untuk mengejar kerjaya dalam MLBB,” tambahnya.

Sepanjang tempoh latihan, program ini merangkumi tiga teras utama:

1. Hari Pertama: Menguasai Asas

  • Pendedahan kepada asas MLBB, pemilihan hero dan peranan, serta mekanik kawalan permainan.
  • Aktiviti termasuk analisis mendalam perlawanan MLBB yang terkini, di mana peserta akan menonton perlawanan profesional dan menghantar analisis mereka mengenai momen-momen kunci yang efetik. Selain itu, peserta juga akan melakukan latihan penguasaan hero untuk meningkatkan kawalan dan kemahiran mereka.

2. Hari Kedua: Strategi Permainan Lanjutan

  • Pemahaman mengenai kesedaran peta, objektif permainan, laluan permainan dan farming, serta rotasi dan serangan mengejut (ganking).
  • Aktiviti melibatkan latihan kesedaran peta dan analisis video permainan yang dirakam, di mana setiap peserta akan menghantar video permainan mereka untuk dianalisis dan mendapat maklum balas daripada pengajar.

3. Hari Ketiga: Kerjasama Pasukan dan Komunikasi

  • Fokus pada strategi pemilihan hero dan komposisi pasukan, komunikasi semasa permainan, serta koordinasi dan sinergi pasukan.
  • Aktiviti termasuk simulasi pemilihan hero dan sesi permainan pasukan di mana peserta akan dinilai berdasarkan komunikasi dan koordinasi dalam permainan.

Difahamkan sudah lebih 370 peserta sudah pun mendaftar untuk sesi-sesi yang dibuka.

25 peserta program akan memulakan kelas secara fizikal pada Februari depan. 

Untuk info lanjut, boleh layari laman sosial mereka di Instagram dan Facebook.

RELATED NEWS

+