Kabichans juara Pokemon UNITE Asia Champions League 2024

Pokemon UNITE Asia Champions League 2024 baru sahaja menutup tirai.

Pasukan dari Jepun, Kabichans (KS) menjuarai pertandingan dengan mengalahkan pasukan dari India iaitu Team True Gravity dengan 2-0.

Pertandingan ini dibuat di Bangkok, Thailand pada 17 dan 18 Februari lepas.

Lapan pasukan terkuat dari rantau Asia bertanding untuk menjadi juara Pokemon UNITE Asia.

Talon PH telah mendapat tempat ketiga diikuti wakil dari Singapura/Malaysia Team MYS di tempat keempat.

Kabichans terus mendominasi pertandingan itu apabila menjadi juara tanpa kalah.

Manakala Team True Gravity pula membuat bangkit semula apabila mereka jatuh ke lower bracket sehingga ke perlawanan akhir.

Juara Kabichan telah mendapat hadiah wang tunai sebanyak AS$40 ribu (RM192 ribu).

Pokemon UNITE Asia Championships League 2024 juga telah berjaya mencapai sebanyak 49 ribu penonton pada masa yang sama.

Pokemon World Championships pula akan diadakan Ogos ini di Honolulu, Hawaii edngan hadiah wang tunai terkumpul sebanyak AS$ 1 juta.

RELATED NEWS

+