Pokemon UNITE lancar kemaskini terbaru, akibat pepijat pada Lucario dan Crustle

Pembangun Pokemon UNITE melancarkan kemaskini bagi membaiki isu pepijat yang berlaku pada Crustle dan Lucario.

Hal ini selepas pemain mula menyuarakan aduan mereka mengenai pepijat ini, di mana kedua-dua Pokemon ini menerima buff yang luar biasa, sehingga hampir merosakkan keseimbangan permainan secara keseluruhannya. 

Hal ini dinyatakan juga oleh pembangun TiMi Studio melalui laman Twitter Pokemon UNITE mengenai isu pepijat ini selepas aduan yang dilakukan. 

Mereka juga menjanjikan akan melancarkan satu kemaskini pada 29 September ini bagi membaiki isu pepijat ini.

Baru-baru ini, selepas kemaskini Patch 1.2, pemain Pokemon UNITE mendapati terdapat buff yang luar biasa pada dua Pokemon iaitu Lucario dan Crustle.

Di mana Crustle membolehkan ia menerima stats boost selepas tewas dan respawn. Manakala, Lucario selama melakukan Extremespeed, ia menghasilkan damage yang sangat tinggi, di mana adakalanya menewaskan musuh dengan hanya satu pukulan (one-shot). 

Sumber: AFK Gaming

RELATED NEWS

+