Youtuber terkenal Mrwhosetheboss dengan 12 juta pengikut Youtube kini menerima kecaman dari komuniti Pokemon Unite dengan video “How mobile games re designed to SCAM you.”
“Bagaimana permainan video mudah alih direka untuk menipu anda”
Dalam video itu dia menceritakan pelanggan dengan strategi transaksi mikro.
Dia menggunakan Pokemon Unite sebagai contoh dan menaikkan kontroversi di Twitter dan Reddit.
Dia memberitahu beberapa aspek dari Pokemon Unite yang dikatakan menipu para pengguna.
Arun menuduh Pokemon Unite perlu menggunakan banyak wang untuk menaik taraf banyak item bagi mendapatkan pengalaman permainan terbaik.
Dia juga memberitahu perkembangan item adalah sangat perlahan dan anda akan menghabiskan ribuan Dollar untuk membeli.
Konsep pembelian pertama juga ditunjukkan oleh Mrwhosetheboss.
Beberapa pemain dan pencipta kandungan Pokemon Unite juga mengeluarkan pendapat mereka.
I cant pic.twitter.com/ajAXZlu24e
— C9 Cris (@CrisHeroes) October 1, 2022
Spragels antara pencipta kandungan Pokemon Unite paling popular juga ada menyatakan pendapatnya mengenai perkara ini.
Malah, ramai pemain Pokemon Unite berjaya membuktikan tidak ada masalah langsung jika anda tidak menggunakan wang dalam Pokemon Unite.
Konsep pay-to-win Pokemon Unite sudah dibuktikan salah oleh komuniti Pokemon Unite.
Mrwhosetheboss kini menyedari tentang perkara ini.
Namun, perkara yang diberitahu di dalam video ini adalah benar untuk banyak permainan video mudah alih di luar sana.