Siapa sangka akan ada kad yang hanya akan ada sekeping sahaja di dunia ini bakal menjadi trading card paling mahal wujud dalam dunia.
Wang ganjaran ini akan diberikan kepada sesiapa sahaja yang berjaya mendapatkan kad One Ring dan akan menerima ganjaran sebanyak ASD$1 juta (RM4.6 juta).
Semua ini bermula apabila Magic the Gathering (MTG) dan The Lord of the Rings membuat kolaborasi The Lord of the Rings: Tales from Middle-Earth.
Pada awalnya, wang ganjaran sebanyak AS$100 ribu (RM460,000)
Kemudian ganjaran ini ditambah ke AS$500 ribu (RM2.3 juta).
Kad The One Ring akan mempunyai kod 001/001 dan akan mempunyai rekaan foil (kilauan) yang hanya satu dalam dunia dengan tulisan Elves dari The Lord of The Rings.
Semalam, Dave & Adam, kedai kad yang telah lama wujud sejak 30 tahun lepas kini mengeluarkan ganjaran sebanyak AS$1 juta (RM4.6 juta) bagi sesiapa yang berjaya mendapatkannya.
🚨$1 MILLION BOUNTY 🚨
We are officially announcing our
$1 million bounty on the 1/1 The One Ring Card 💰💰Bounty expires July 17th 2023…
Good luck 🙌 pic.twitter.com/6OmhxCjdsG
— Dave & Adam’s (@dacardworld) June 7, 2023
Masa ganjaran akan berjalan sehingga 17 Julai ini.
Malah kad itu tidak semestinya akan dijumpai dan sesiapa sahaja yang menjumpainya berkemungkinan tidak akan menjual kad One Ring tersebut.
Set kad The Magic: The Gathering Lord of the Rings akan dilancarkan 23 Jun ini.