Permainan Video Baru The Lord Of The Rings Akan Tampilkan Gollum Sebagai Karakter Utama

The Lord of the Rings tak hanya terhenti apabila blockbuster trilogi mereka tamat pada 16 tahun lalu. Ia tersebar sebagai francais hiburan ke arah permainan video, siri televisyen, komik dan lain-lain. 

Kali ini, Daedalic umumkan mereka akan membangunkan permainan baru dinamakan The Lord of the Rings: Gollum. Ia dikatakan akan dilancarkan pada 2021 dan buat masa sekarang masih belum ada sebarang screenshots atau seni konsep selain hanya logo ditunjukkan.

Tapi CEO Daedalic, Carsten Fichtelmann mengatakan permainan ini akan tertumpu kepada Gollum. Bagaimanapun, sebab Daedalic hanya mempunyai hak cipta hanya untuk buku dan bukan filem, mereka perlu hadir dengan idea sendiri untuk bentukkan karakter misteri dari Tolkien ini.

Gollum bukanlah pahlawan jadi pasti menarik kalau permainan ini menggunakan personalitinya untuk konsep permainan bergantung kepada stealth dan penipuan. “Anda akan buat keputusan dari dua suara yang bercakap dengan Gollum,” kata Fichtelmann.

Sumber: Engadget

RELATED NEWS

+