Pengumpul kad MTG mahu buang kad bernilai RM400 ribu ke dalam gunung berapi

Baru-baru ini, permainan Trading Card Game (TCG) terkenal, Magic: The Gathering (MTG) berkolaborasi bersama Lord of the Rings (LOTR) untuk melancarkan sebuah set yang diberi nama Lord of the Rings: Tales of Middle-Earth.

Di dalam set itu, terdapat sebuah kad iaitu The One Ring. Peminat Lord of the Rings tahu bahawa The One Ring ini merupakan cincin yang dicipta oleh Dark Lord Sauron di Mount Doom. 

Kad The One Ring akan mempunyai banyak variasi dan salah satunya adalah foil bersiri dan hanya satu kad sahaja dicetak seluruh dunia.

Ia menjadi bualan ramai di komuniti MTG serta LOTR dan selepas pengumuman ini dibuat, beberapa orang sudah meletakkan harga untuk membelinya.

Seorang pengumpul kad MTG, Dan Bock menawar $100,000 (RM442,650) untuk sesiapa yang berjaya mendapatkan kad ini.

First bid I’ve seen on the One Ring
by u/insideabookmobile in magicTCG

Namun beberapa hari selepas itu, Dan Bock sudah mengurangkan harga kad kepada AS$50,000 (RM221,325) dan Bock bersama pemilik kad ini akan membuang The One Ring ke dalam gunung berapi.

Same guy who had the $100k standing offer
by u/Figured_Bass in magicTCG

 

Ramai pihak komuniti turut berpendapat bahawa kad itu sepatutnya dibuang ke dalam gunung berapi untuk melakonkan semula karya agung J.R.R Tolkien itu.

Ia menyebabkan ketua pereka set iyu untuk mengeluarkan kenyataan tentang bahayanya jika melakukan perkara ini.

Ada juga yang mahu menggunakan mesin pencincang untuk menghancurkan kad ini di hadapan kilang pencetak kad ini.

Comment
by u/Inouva from discussion Same guy who had the $100k standing offer
in magicTCG

Namun, ia merupakan satu gurauan dan ramai menyatakan amat susah untuk mendapat kad itu kerana ia hanya terdapat di dalam sebuah collector booster pack.

RELATED NEWS

+