“Kami dah cuba yang terbaik tapi masih belum cukup,” – Amoux

Perlawanan permulaan pada hari kedua minggu terakhir MPL MY musim ke-9 menyaksikan pasukan MAB Esports akan menentang pasukan Geek Fam.

Pasukan MAB harus mendapatkan kemenangan bagi meningkatkan peluang mereka untuk layak ke playoff.

Pasukan Geek Fam berjaya memaksa MAB untuk bermain di perlawanan ketiga selepas mereka mendapatkan kemenangan di perlawanan kedua.

Di perlawanan ketiga, pasukan MAB menaruh harapan mereka kepada kombo Johnson dan Kadita bagi menewaskan pasukan Geek.

Draft mereka juga sangat bijak di mana Aliff diberikan Aulus untuk bermain di fasa late game.

Pasukan Geek lebih berhati-hati di dalam peta bagi mengelak rapid touchdown yang dibuka oleh Johnson.

Pasukan MAB mengawal permainan namun kesilapan demi kesilapan dilakukan menyebab pasukan Geek mula mendapatkan momentum mereka.

Pasukan Geek kemudiannya memenangi perlawanan di Lord Pit dan mereka terus menamatkan permainan dengan Luminous Lord.

Selepas memenangi perlawanan sebentar tadi, Amoux ditemu ramah dan ditanya tentang pendapatnya tentang pasukan Geek sepanjang musim ke-9.

“Kami sudah membuat yang terbaik tetapi tidak mencukupi, saya ingin minta maaf kerana tak dapat bagi keputusan yang diharapkan.” ujarnya.

RELATED NEWS

+