“Kami hanya mahu membuktikan bahawa mereka salah, menyangka kami akan kalah,” – Nathzz

RSG PH baru sahaja membuktikan bahawa mereka adalah pasukan MLBB yang terbaik pada saat ini.

Mereka berjaya menjuarai kejohanan MSC 2022 selepas menewaskan pasukan gergasi dari Indonesia RRQ Hoshi dengan skor 4-0.

Sebaik sahaja mereka memenangi perlawanan keempat, pemain EXP Laner untuk pasukan itu, Nathzz, menyambut keseronokannya dengan melakukan ‘taunting’ terhadapat penyokong pasukan RRQ Hoshi.

@kincir.esports Luapan emosi dari RSG Nathzz setelah berhasil menang, NT RRQ Hoshi #msc2022 #weownmsc #serubarengkincir #kincirdotcom ♬ original sound – KINCIR ESPORTS

Nathzz, menyatakan bahawa alasannya melakukan perkara itu adalah dia mahu membuktikan kepada para penyokong RRQ Hoshi bahawa mereka salah.

“Kami hanya mahu membuktikan kepada para netizen bahawa mereka salah, menyangka kami akan kalah,” katanya.

Demonkite, yang juga jungler pasukan itu turut menambah dengan kenyataan disampaikan oleh Nathzz.

“Kepada haters, teruskan melakukan apa yang kalian ingin lakukan. Kamu semua memang kelakar,” katanya.

Selepas mendengar ungkapan daripada Demonkite itu, Nathzz juga menambah dengan kata-kata yang pedas.

“Untuk haters, teruskan meragui kami, mengutuk kami, yang penting kami dah menang MSC 2022,” ujarnya.

Walau bagaimanapun, hubungan mereka dengan pemain RRQ Hoshi dalam keadaan yang baik.

RSG PH memuat naik sebuah hantaran di Instagram mereka, di mana terlihat para pemain RSG PH menukar jersi mereka bersama pemain RRQ Hoshi.

 
 
 
View this post on Instagram

A post shared by RSG Philippines (@rsg.ph)

Hantaran itu menyebut saingan di dalam permainan tetapi idola dalam kehidupan yang sebenar.

“Semuanya baik dengan RRQ Hoshi dan pemain kami. Ia adalah satu penghormatan buat pemain kami untuk bersemuka dengan mereka di MSC 2022!”

Sumber: esportsid

Foto: oneesportid

RELATED NEWS

+