Falcon Esports bakal dibubarkan?

Salah satu berita tergempar di dunia e-sukan MLBB tentang Falcon Esports di mana mereka seperti memberi bayangan bahawa pasukan itu akan dibubarkan selepas tamat Sukan SEA 2023 di Kemboja.

Ini selepas Jungler serta Roamer Falcon Esports iaitu Kenn dan Naomi membuka mulut mengenai masa depan pasukan itu.

Menurut Kenn, situasi di Myammar kini semakin buruk kerana ada masanya, mereka tidak mempunyai sebarang elektrik di kawasan perumahan mereka.

Bukan itu sahaja, sebelum Sukan SEA bermula, ahli pasukan Falcon Esports banyak kali berbincang tentang pembubaran pasukan itu.

“Tapi pada akhirnya kami memutuskan ia (Sukan SEA) akan jadi pentas terakhir kami,” ujar Kenn.

Kenyataan itu memberi pencerahan yang lebih jelas bahawa ini adalah penampilan terakhir pasukan itu.

Naomi pula menyatakan bahawa situasi di Myammar menyukarkan mereka untuk bermain MLBB secara kompetitif kerana MPL tidak dapat diadakan di Myammar.

Seperti yang kita tahu, Myanmar kini dilanda pergolakan kuasa yang membabitkan ahli-ahli politik dan tentera.

Naomi turut berharap bahawa MPL serta MLBB di Myammar boleh dimainkan semula.

Falcon Esports adalah salah satu pasukan gergasi selepas Burmese Ghouls.

Antara pencapaian mereka di pentas dunia adalah:

  • Tempat 4 di MSC 2022
  • Tempat 5-6 di Kejohanan Juara Dunia M4
  • Pingat gangsa mewakili Myammar di Sukan SEA 2023

Mereka antara pasukan yang paling digeruni di dunia dan kehilangan mereka di pentas dunia pastinya akan dirasai oleh semua peminat MLBB.

RELATED NEWS

+